PENDAPAT ULAMA

  • Ada pendapat menyatakan bahawa arak tidak najis. Ia haram diminum tapi tidak najis. Pendapat ini dipegang oleh al-Imam al-Rabi’ah bin Abi ‘Abd al-Rahman (meninggal 136H) guru al-Imam Malik, al-Imam al-Laith bin Sa’ad (meninggal 174H) dan anak murid al-Imam al-Syafi’i yang terkenal iaitu al-Imam al-Muzani (meninggal 264H).


  • Bahkan kebanyakan tokoh-tokoh ulama mutakhirin seperti al-San’ani (meninggal 1182H), al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H), al-Imam Sadiq Hasan Khan (meninggal 1307H) dan ramai lagi berpendapat tidak najis. 


  • Demikian ramai tokoh-tokoh ulama di zaman ini yang berpendapat tidak najis seperti al-Syeikh Rashid Rida (meninggal 1354H), al-Syeikh Ahmad Syakir (meninggal 1377), al-Syeikh Muhammad Tahir ibn ‘Asyur (meninggal 1394H), al-Syeikh Muhammad Salih ibn al-Uthaimin (meninggal 1421H), al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi dan ramai lagi.


Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya:


Sesungguhnya seorang lelaki yang meminum arak telah dihadapkan kepada Nabi s.a.w kemudian baginda telah memukulnya dengan dua pelepah kurma sebanyak empat puluh kali. 


Hukuman jenayah hudud bagi peminum arak telah disebutkan dengan jelas di dalam Hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Orang-orang Islam yang meminum arak dan telah sabit ke atasnya hukuman tersebut wajib disebat sebanyak 40 kali sebatan. Hukuman 40 kali sebatan kali sebatan ini dikenakan ke atas peminum arak untuk kesalahan yang dilakukan berulang-ulang sehingga sebanyak 3 kali. Sekiranya kesalahan tersebut diteruskan juga dalam erti kata lain si peminum sudah ketagihan maka dalam hal ini ulama' berpendapat hukuman selayaknya dikenakan adalah hukuman pancung. Hukuman ini hanya boleh dilakukan oleh imam (pemerintah atau hakim di dalam Daulah Islamiyah). Di antara syarat-syarat untuk mensabitkan hukuman terhadap orang yang meminum arak ialah :

  1. Orang yang sudah mukallaf
  2. Dengan kemahuan sendiri
  3. Mengetahui haram hukum meminumnya
  4. Telah diakui oleh yang minum, atau dilihat oleh 2 orang saksi laki-laki yang adil

No comments:

Post a Comment

SMART TRASH CONTROL SYSTEM USING ESP 32

  E FOLIO      MPU23052 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM TAJUK :   SMART TRASH CONTROL SYSTEM USING ESP 32 NAMA PENSYARAH : PUAN...