Allah Taala mengharamkan arak kerana ia merupakan dosa besar yang dikutuk oleh Allah dan amat kotor dan hina. Menjauhi meminum minuman keras adalah kunci keselamatan diri,agama, masyarakat dan seluruh kehidupan, sebaliknya melakukan perbuatan ini bererti kerugian, kemelaratan dan punca permusuhan dan kebencian. Oleh itu cara yang paling tepat untuk menghindari meminum minuman keras ini ialah dengan cara mempertingkatkan iman, sentiasa sabar dan selalu istiqomah melakukan ibadah solat lima waktu, kerana solat adalah tiang agama dalam mengingati Allah Taala. Maka apa yang nyata bahawa minuman keras (Arak) adalah penyakit bukannya ubat. Dari itu kita sebagai umat islam mestilah menjauhi daripada mengambil arak dan perkara yang haram ini supaya diri kita sentiasa terhindar dan dapat menjaga nama baik agama islam dan keamanan serta kebahagiaan dunia dan akhirat.
KESIMPULAN
Subscribe to:
Posts (Atom)
SMART TRASH CONTROL SYSTEM USING ESP 32
E FOLIO MPU23052 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM TAJUK : SMART TRASH CONTROL SYSTEM USING ESP 32 NAMA PENSYARAH : PUAN...
No comments:
Post a Comment