HIKMAH

Matlamat syariat diturunkan adalah untuk memastikan agar kelangsungan kehidupan manusia terjamin dengan baik secara berpanjangan yang mencakupi setiap aspek penting kehidupan manusia.

Aspek-aspek ini terangkum di dalam lima matlamat utama syariat untuk manusia, iaitu :

  1. memelihara akal
  2. memelihara keturunan
  3. memelihara harta
  4. memelihara agama
  5. memelihara maruah.

Dengan mengamalkan syariat dengan betul, kelima-lima matlamat ini akan tercapai.

Arak bukanlah suatu perkara yang baru dalam hidup manusia. Sejak dari dulu lagi, ia telah dianggap istimewa dan eksklusif bagi sebahagian manusia.Syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada peringkat awal menjelaskan fungsi dan kesan arak kepada manusia.

Dalam hal ini, Allah s.w.t. telah berfirman di dalam surah Al-Baqarah, ayat ke 219, yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu mengenai khamar dan judi, katakanlah pada keduanya ada dosa yang besar dan manfaat kepada manusia, tetapi dosanya lebih besar daripada manfaatnya.”

Imam Al-Qurtubi di dalam tafsirnya berkata, “Arak adalah buruk kerana ia menghilangkan kewarasan akal sehingga pernah berlaku di zaman dahulu seorang lelaki yang mabuk bersuci dengan menggunakan air kencingnya sendiri lalu berdoa, “Wahai Tuhan, jadikanlah aku di kalangan hambamu yang bertaubat, bersuci dan beramal soleh!” Adapun manfaat yang ada pada arak ialah orang jahiliyah menjual arak lalu mendapat untung yang besar melalui penjualan tersebut. Kemudian ada juga yang berpendapat bahawa arak dapat menghadamkan makanan, menguatkan badan yang lemah, menghasilkan semangat yang kuat kepada yang takut dan pengecut serta membuatkan seorang yang bakhil menjadi pemurah.”

Setelah itu, Allah s.w.t. mewahyukan pula kepada Rasulullah s.a.w. menerusi firman-Nya di dalam surah Al-Ma’idah, ayat ke 90-91, yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum khamar, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran meminum khamar dan berjudi itu dan menghalangikamu dari mengingati Allah dan solat, maka berhentilah kamu dari mengerjakan perbuatan itu.”

Rasulullah s.a.w. pernah didatangi oleh beberapa orang Arab jahiliah yang baru memeluk Islam dan cuba mempengaruhi Baginda dengan mengatakan arak boleh menjadi penawar dan ubat untuk seseorang.

Rasulullah s.a.w. segera menyanggah anggapan itu dengan menafikannya dengan sabdanya: “Ia bukan ubat, bahkan sebenarnya adalah punca kepada segala penyakit.”

No comments:

Post a Comment

SMART TRASH CONTROL SYSTEM USING ESP 32

  E FOLIO      MPU23052 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM TAJUK :   SMART TRASH CONTROL SYSTEM USING ESP 32 NAMA PENSYARAH : PUAN...