KEBAIKAN/ FAEDAH

Ramai pakar-pakar perubatan berpendapat, arak apabila diminum dengan kadar yang sedikit, amat bermanfaat untuk jantung. Justeru, ramai pakar di dalam bidang kardiologi menggalakkan masyarakat meminum arak sebanyak 1-2 gelas sehari, agar kesihatan jantung mereka terpelihara.


Namun Dr. James H. Stein, seorang pakar jantung, dan Penolong Profesor di Fakulti Perubatan Universiti Wisconsin, mempunyai pandangan yang berbeza. Di dalam tulisannya yang diterbitkan oleh Milwaukee Journal Sentinel bertarikh 25 November, 1998, beliau berkata,

“Ramai pesakit dan pakar perubatan mahu mempercayai arak merupakan penawar ajaib yang dapat menyelamatkan jantung kita. Sayang sekali, hakikatnya tidaklah seperti yang difikirkan, kerana alkohol sebenarnya merosakkan jantung dengan cara melemahkan otot-ototnya, mengganggu cara jantung mengepam darah dan menaikkan tekanan darah. Tambahan daripada itu, alkohol merosakkan hati, menyebabkan radang pankreas, kanser esofagus dan perut. Justeru ramai yang keliru apabila mereka diberitahu pengambilan 1-2 gelas alkohol setiap hari menyihatkan jantung”.


Walaupun kenyataan ini mempunyai kebenarannya, kerana pengambilan alkohol yang sedikit menambahkan kolesterol baik (HDL) di dalam darah, namun ia hanya benar bagi wain merah (red wine) dan bukannya bir ataupun spirit.Sebenarnya, bukanlah alkohol yang menyihatkan jantung, sebaliknya bahan flavonoid yang terdapat di dalamnya yang menguatkan jantung. Bahan flavonoid ini diperolehi daripada buah-buahan yang digunakan untuk menyediakan arak.Namun dalam ayat seterusnya Allah telah menyatakan akan manfaat alkohol itu sendiri kepada manusia. Nah bukankah pada dunia sekarang alkohol merupakan sesuatu yang sangat penting di sebalik kemudaratannya.


Alkohol menjadi keperluan ataupun kemestian di dalam bidang :

  • perubatan
  • perindustrian
  • pengesteran  
Dalam bidang perubatan kita dapat lihat alkohol memainkan peranan sebagai bius yakni ubat kebas.Sedar atau tidak ketika sebelum kita di suntik alkohol akan di sapukan di bahagian tersebut agar ia terasa sejuk bagi mengurangkan kesakitan yang di alami manusia.

Dengan sifat alkohol yang cepat meruap ke udara pula ia telah menjadi elemen terpenting dalam pembuatan pewangi beralkohol.

Pewangi beralkohol mampu  mengatasi masalah bau badan bagi individu yang mempunyai masalah peluh berlebihan. Mengikut mazhab Syafie pengunaan alkohol dalam solat sebagai pewangi adalah harus bagi individu yang tidak mempunyai pilihan lain untuk mengatasi masalah bau badan.

Selain itu pengunaan alkohol dalam pengesteran adalah untuk di campurkan dengan asid karboksilik dan elemen-elemen lain bagi menghasikan bau-bauan seperti buah-buahan, bunga dan sebagainya.

Jika Allah itu tidak Maha Mengetahui nescaya alkohol ini tidak akan disebut dalam Al-Quran dan tidak pula manusia mampu mengunakan manfaat alkohol tersebut. Namun kebaikan dan keburukan alkohol terletak kepada manusia itu sendiri kerana manusia sudah dikurniakan akal untuk berfikir dan menyingkap ke-agungan Allah S.W.T.


No comments:

Post a Comment

SMART TRASH CONTROL SYSTEM USING ESP 32

  E FOLIO      MPU23052 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM TAJUK :   SMART TRASH CONTROL SYSTEM USING ESP 32 NAMA PENSYARAH : PUAN...