HADIS

 HADIS


Diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah (SAW) telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak. 

  1. orang yang memerah
  2. orang yang meminta arak diperah untuknya
  3. orang yang meminumnya
  4. orang yang membawanya
  5. orang yang meminta dibwakan arak kepadanya
  6. orang yang memberi minum arak kepada orang lain
  7. orang yang menjual arak
  8. orang yang mendapat hasil daripada arak
  9. orang yang membeli arak
  10. orang yang meminta dibelikan arak untuknya



Terdapat banyak lagi hadis-hadis Nabi s.a.w. yang menunjukkan keburukan arak dan pengharamannya, seperti hadis yang bermaksud:

“Janganlah kamu meminum arak kerana sesungguhnya ia adalah kunci kepada segala kejahatan.”
 (Riwayat Ibn Majah)

 “Arak adalah ibu segala kekejian dan sebesar-besar dosa. Sesiapa yang meminumnya, dia akan melakukan perbuatan keji dengan ibu dan makciknya (menodainya).” 
(Riwayat Ad-Daruqutni)

“Sesiapa yang minum arak di dunia kemudian tidak bertaubat, maka dia diharamkan daripada meminumnya di akhirat.” 
(Riwayat Al-Bukhari)

“Apa sahaja yang banyaknya memabukkan, adalah haram, maka yang sedikit pun menjadi haram.”
 (Riwayat Abu Daud)

“Sesiapa yang meminum arak, maka Allah tidak akan menerima solatnya selama 40 hari. Jika dia bertaubat, maka Allah akan menerima taubatnya. Jika dia mengulanginya, Allah tidak akan menerima solatnya selama 40 hari tetapi jika dia bertaubat, Allah terima taubatnya. Tetapi jika dia melakukannya kali keempat, maka Allah tidak akan menerima solatnya dan tidak akan menerima taubatnya serta akan diberi minuman dari sungai di neraka.” (Riwayat At-Tirmizi)


Diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib bahawa Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebatan dan Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebatan juga, dan Umar menyebat sebanyak 80 kali sebatan.


No comments:

Post a Comment

SMART TRASH CONTROL SYSTEM USING ESP 32

  E FOLIO      MPU23052 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM TAJUK :   SMART TRASH CONTROL SYSTEM USING ESP 32 NAMA PENSYARAH : PUAN...