Kenapa Islam mengharamkan arak buat umatnya?
HARAM minum - minuman yang memabukkan sama ada arak (خمر), iaitu yang dibuat daripada perahan anggur atau bukan arak, iaitu yang dibuat daripada benda lain. Namun, syariat Islam dengan tegas menegah dan mengharamkan perbuatan minum arak yang memabukkan kerana lebih banyak mendatangkan kemudaratan dan kesan buruk dalam kehidupan. Berdasarkan ijmak ulama, penentuan hukum pengharaman arak adalah berasaskan sifat minuman itu yang memabukkan. Araq (Arab: ﻋَﺮَﻕ, 'keringat' atau 'peluh) adalah sejenis minuman keras tanpa gula yang berasal daripada Mediterranean Timur.Ia adalah minuman keras tradisional yang bukan sahaja terdapat di kawasan tersebut, malah sejauh Asia Barat dirantau Syam termasuk Syria, Israel, Palestin, Jordan dan Lubnan. Araq secara tradisional dibuat daripada dua bahan iaitu anggur dan jintan manis. Biji jintan manis yang dihancurkan menghasilkan minyak yang memberi araq sedikit rasa akar manis yang dikehendaki. Anggur yang dipilih pembuat dipastikan bermutu baik; pokok anggur mesti sangat matang dan biasanya berwarna keemasan. Gugusan buah yang dituai pada akhir September dan Oktober, dihancurkan dan dimasukkan ke dalam tong bersama jus (dalam bahasa Arab: el romeli) dan dibiarkan terperam selama tiga minggu. Kadang-kadang keseluruhan campuran diaduk untuk melepaskan karbon dioksida.